Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pejabat BDCB tutup 4 April

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, memaklumkan bahawa sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan 1443H, pejabatnya akan ditutup pada 4 April dan akan beroperasi semula pada 5 April.

    Penutupan berkenaan termasuk Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB, Mesin Deposit Syiling BDCB, kaunter perkhidmatan pelanggan Biro Kredit, kaunter-kaunter pembayaran dan perkhidmatan BDCB yang lain serta sistem pembayaran Real Time Gross Settlement (RTGS) dan Automated Clearing House (ACH).

    BDCB juga memaklumkan bahawa waktu operasinya sepanjang Ramadan iaitu Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 3 petang manakala pada Jumaat bermula 7:30 pagi hingga 11:30 pagi Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB pula akan hanya dibuka melalui perjanjian sahaja dari Isnin hingga Khamis pada pukul 8:30 pagi hingga 12 tengah hari manakala itu, pada Jumaat dari 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

    Bagi perkhidmatan Mesin Deposit Duit Syiling BDCB pula dibuka dari Isnin hingga Khamis, 8:30 pagi hingga 2 petang manakala Jumaat dari 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

    Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, kaunter-kaunter pembayaran dan perkhidmatan yang lain juga akan dibuka hanya melalui perjanjian sahaja pada Isnin hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 2 petang dan 8:30 pagi hingga 10:30 pagi pada Jumaat.

    Sistem RTGS pula akan dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang pada Isnin hingga Khamis manakala Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

    Sistem ACH pula akan dibuka pada Isnin hingga Khamis bermula 8:50 pagi hingga 1:40 petang manakala pada Jumaat bermula 8:40 pagi hingga 10:50 pagi.

    Sehubungan itu, BDCB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan kepada semua Muslimin dan Muslimat di mana saja berada”.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...