Pejabat misi baharu EU dibuka

BANDAR KUWAIT, 14 JULAI – Ketua diplomatik Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini berkata hari ini blok negara sedang menambah penglibatannya di Timur Tengah, ketika beliau membuka pusat misi baharu di Bandar Kuwait.

Pejabat di bangunan pencakar langit tertinggi di Kuwait adalah misi ketiga EU seumpama itu di Teluk, selepas Riyadh dan Abu Dhabi.

“Ia juga menghantar pesanan kepada seluruh rantau; EU sedang menambah kehadiran dan penglibatannya di Timur Tengah,” kata Mogherini pada majlis perasmian.

“Apa yang berlaku kepada Teluk adalah penting buat Eropah dan apa yang berlaku kepada Eropah penting kepada Teluk,” tambah beliau. – AFP

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Federica Mogherini (kanan) diiringi oleh Menteri Luar Kuwait Sheikh Sabah al-Khaled al-Hamad al-Sabah (tengah) semasa tiba untuk menghadiri majlis pembukaan pejabat wakil Eropah Kuwait di menara al-Hamra di Bandar Kuwait kelmarin. – AFP