Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pejabat Netanyahu terima sampul surat mencurigakan

    MOSCOW, 16 JAN – Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima sampul surat yang mencurigakan, yang kemudiannya dihantar kepada pegawai pertahanan untuk ujian, lapor Sputnik.

    “Terdapat kesan bahan berminyak pada sampul surat itu,” The Jerusalem Post melaporkan kelmarin dan menambah wujud kebimbangan bahawa
    ia mungkin mengandungi bahan berbahaya.

    Namun, bungkusan itu selamat selepas pemeriksaan oleh unit pelupusan polis, menurut The Jerusalem Post.

    Tiada butiran lanjut dinyatakan mengenai kandungan sampul surat itu. – Bernama

    Netanyahu semasa mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan di Pejabat Perdana Menteri di Jerusalem, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...