Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejabat Peguam Negara sambut Hari Raya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Dalam menyemarakkan suasana Aidilfitri, Pejabat Peguam Negara turut tidak ketinggalan dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Majlis tersebut telah dihoskan oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

    Acara turut dihadiri ialah Peguamcara Negara, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi bersama para pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

    Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan sambil mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain dalam kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

    Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan pada Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda