Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pejabat Peguam Negara sambut Israk & Mikraj

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Pejabat Peguam Negara, baru-baru ini, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj yang berlangsung di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara yang lain.

    Majlis kemudiannya diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Iman Teguh Akidah Teguh’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Muhammad Yusri bin Haji Abdul Majid.

    Seterusnya majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara yang bersara.

    Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati pada majlis sambutan berkenaan.
    Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati pada majlis sambutan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda