Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pejabat Peguam Negara sambut tahun baharu Hijrah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Sempena awal tahun baharu 1444 Hijrah, Pejabat Peguam Negara telah mengadakan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Jubli
    Emas, Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. 

    Turut hadir ialah Peguamcara Negara, Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi serta pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Pelajaran Tarranum di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili.

    Seterusnya, majlis disusuli dengan ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara’ yang disampaikan oleh
    Pegawai Ugama di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Muhammad Nasyith bin Superi dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad hadir selaku tetamu kehormat pada majis sambutan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...