Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pejabat perwakilan luar negara sertai malam munajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Malam Munajat minggu ke-45 diadakan malam kelmarin telah disertai 14 buah pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara terdiri daripada suruhanjaya-suruhanjaya, kedutaan dan konsul agung.

    Antara yang menyertai ialah pejabat perwakilan dari Oman, China, Dhaka, Filipina, Malaysia, Arab Saudi, Pakistan, Vietnam, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jerman dan pejabat perdagangan dan pelancongan Negara Brunei Darussalam di Taiwan.

    Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri secara online itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan serta para pegawai kedua-dua kementerian dan warga pejabat-pejabat perwakilan luar negara.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Haji Muhammad Fakhir bin Haji Mohd Taib dari Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Ia diikuti bacaan Surah Yasin beramai-ramai dari Surau Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah disusuli dengan bacaan Doa Munajat dari Masjid Kampung Pulaie.

    Malam Munajat turut diserikan dengan tazkirah bertajuk Penawar Penyakit Hati disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abdul Wahab dari Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar serta bacaan Asmaul Husna oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dari ICC, Berakas.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah semasa menghadiri majlis Malam Munajat minggu ke-45 secara online. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...