Pejabat PLO sah ditutup

WASHINGTON, 11 Sept – Jabatan Negara Amerika Syarikat hari ini, mengesahkan pihaknya mengeluarkan arahan penutupan pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini, dan mendakwa Palestin tidak menyokong proses rundingan damai dengan Israel.

“Kami memberi kebenaran kepada pejabat PLO untuk beroperasi bagi mencapai perdamaian yang komprehensif antara Israel dan Palestin sejak tamatnya tempoh pengecualian pada November 2017.

“Bagaimanapun, PLO gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memulakan rundingan dengan Israel,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert. – AFP