Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai bahawa cawangan Pejabat Pos Bandar Seri Begawan (BSB) akan dibuka semula perkhidmatannya bermula esok.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa waktu operasi bagi perkhidmatan di sepanjang bulan Ramadan ialah Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pukul 8:15 pagi hingga 12:30 tengah hari.
JPP dalam kenyataan itu, mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesabaran pelanggan pada masa ini. Jabatan berkenaan juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) menerusi talian 2380481 atau 8711002 (WhatsApp) atau e-mel cscpost@post.gov.bn.