Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pejabat presiden Sri Lanka dibuka semula hari ini

    COLOMBO, 24 JULAI – Pejabat Presiden Sri Lanka yang dikepung akan dibuka semula esok, kata polis, beberapa hari selepas penunjuk perasaan dikerahkan keluar dalam tindakan keras tentera yang mencetuskan kecaman antarabangsa.

    Bangunan era kolonial itu diduduki awal bulan ini oleh penunjuk perasaan yang marah dengan krisis ekonomi di negara pulau itu.

    Askar menyelamatkan presiden, Gotabaya Rajapaksa di kediamannya yang berdekatan pejabat sebelum diserang oleh orang ramai yang marah dan pemimpin itu akhirnya melarikan diri ke Singapura dan meletak jawatan.

    Tentera bersenjata belantan dan automatik membersihkan sekretariat presiden sejurus selepas tengah malam Jumaat atas arahan pengganti Rajapaksa, Ranil Wickremesinghe.

    Kira-kira 48 orang cedera dan sembilan ditahan dalam operasi itu, di mana pasukan keselamatan merobohkan khemah yang didirikan penunjuk perasaan di luar kompleks itu sejak April.

    “Pejabat itu bersedia untuk dibuka semula mulai Isnin ini,” kata seorang pegawai polis kepada AFP hari ini, sambil menambah pakar forensik sudah melawat pejabat itu untuk mengumpulkan bukti kerosakan oleh penunjuk perasaan.

    “Kepungan sekretariat yang berlangsung sejak 9 Mei lalu kini sudah ditarik balik,” katanya.

    Kerajaan Barat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia mengecam Wickremesinghe kerana menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan tidak bersenjata yang mengumumkan hasrat mereka untuk mengosongkan tapak itu Jumaat lalu. – AFP

    Anggota keselamatan berdiri mengawal di hadapan Sekretariat Presiden di Colombo pada 24 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...