
SINGAPURA, 24 Sept – Seorang ahli kumpulan Islamic State (IS) warga Singapura di Syria telah muncul dalam satu video, mencabar Putera Harry dari Britain untuk menentang pasukan jihad itu, menurut kumpulan pemerhati dan pihak berkuasa hari ini.
Ia dipercayai kali pertama pejuang dari Singapura muncul dengan jelas dalam salah satu video IS.
Dalam video Bahasa Inggeris yang dikeluarkan kelmarin, seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai “Abu ‘Uqayl” dari Singapura mengambil isu dari Putera Harry mengenai serangan pengganas di London sementara dalam satu lawatan ke Singapura dalam bulan Jun.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)