Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Peka keperluan golongan istimewa dalam reka bentuk pembinaan

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan lagi kesedaran tentang keperluan konsep reka bentuk universal dan inklusif bagi memenuhi kepentingan seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan istimewa, Bahagian Arkitek, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei dan Akademi PUJA telah mengadakan seminar berjudul Universal Design: In Reality, baru-baru ini.

Lebih 30 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli PUJA, pegawai-pegawai kerajaan, ahli akademik dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), dan ahli profesional daripada industri pembinaan telah menyertai seminar berkenaan yang menampilkan Arkitek Utama (Principal Architect) Mumtazah Architect danPengarah Urusan, Archi-Sphere Sdn Bhd, Malaysia, Ar Mumtazah Mustajab selaku pakar jemputan.

Ar Mumtazah merupakan pakar dalam reka bentuk keperluan khas termasuklah Genius Kurnia Center bagi kanak-kanak autisme, Akademi Remaja Islam Autisme, Hua Ming Autism Group Home dan Yayasan Jantung Malaysia.

Beliau antara lain berkongsi pengalaman dalam aspek reka bentuk universal dan inklusif secara praktikal.

Di samping itu, seminar juga memuatkan perkongsian pelbagai reka bentuk dari seluruh dunia dan mewujudkan kesedaran kepada peserta untuk menjadikan reka bentuk yang dihasilkan itu boleh diakses oleh semua orang termasuklah golongan ketidakupayaan bagi memenuhi keperluan bersama.

Seminar merupakan kesinambungan seminar maya yang dilaksanakan sebelumnya oleh Akademi PUJA dengan matlamat untuk meneroka dan menonjolkan kepentingan reka bentuk bangunan dan juga reka bentuk inklusif sehingga menjadi lebih mesra untuk semua orang termasuklah golongan kelainan upaya.

Dalam pada itu, Akademi PUJA secara aktif menawarkan webinar dan kursus secara maya untuk meningkatkan kecekapan ahli-ahli PUJA dan industri pembinaan, dengan misinya untuk mempromosikan kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan pengalaman.

Salah seorang peserta seminar menerima sijil penyertaan anjuran PUJA Brunei. – Gambar serahan PUJA
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -