Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peka lindungi sesama sendiri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Kedatangan Aidilfitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan tanpa mengira darjat mahupun keturunan sama ada miskin atau kaya, tua atau muda.

    Dalam keceriaan dan kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri, khatib dalam khutbah Hari Raya Aidilfitri kelmarin, turut mengingatkan supaya perlu berhati-hati dan jangan lalai dan leka untuk mengikut dan mematuhi SOP garis panduan sambutan Hari Raya yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Orang ramai pula diperingatkan supaya sama-sama peka dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi antara satu dengan yang lain terutama bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan berada saja di rumah jika berasa kurang sihat.

    Semoga Hari Raya Aidilfitri yang diraikan tahun ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada semua dan marilah sama-sama memperbanyakkan bacaan doa semoga wabak COVID berakhir di negara kita khasnya dan seluruh dunia amnya.

    “Mudah-mudahan raja kita, diri kita, ahli keluarga kita serta seluruh rakyat dan pendidik di negara Brunei mendapat rahmat dan perlindungan Allah dan selamat daripada segala wabak penyakit, mara bahaya dan bala bencana,” katanya.

    Manakala itu, dalam khutbah kedua Hari Raya tahun ini, khatib menyeru melafazkan rasa syukur atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan Allah dan hanya bagi orang yang benar-benar beriman dan bertakwa saja yang dapat melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.

    Khatib seterusnya menjelaskan, hari kemenangan bagi semua adalah kemenangan dalam menentang hawa nafsu semasa menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan. Amalan berpuasa itu, tambahnya, perlulah diteruskan pada bulan Syawal dengan melakukan puasa enam kerana pahalanya adalah sama dengan puasa sepanjang tahun.

    “Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau secara berselang hari,” jelas beliau.

    Bulan Ramadan telah mendisiplinkan dan mendidik diri mengawal hawa nafsu serta menjaga diri daripada segala bentuk maksiat seperti maksiat mata, telinga dan lidah supaya tidak merosakkan ibadat puasa.

    “Segala didikan yang telah diperolehi dan yang telah dilakukan di sepanjang bulan Ramadan ini hendaklah diteruskan di bulan lain secara istiqamah,” tambahnya.

    Dalam keseronokan merayakan Hari Raya, tegas beliau, satu aspek yang tidak kurang dihayati ialah menyambutnya dengan berpada-pada dan bersederhana.

    Menurut khatib, walaupun disunatkan untuk berhari raya dan bergembira pada Hari Raya, tapi ini bukan bermakna kita boleh berbelanja berlebih-lebihan dan melampaui batas sehingga membebankan diri sendiri.

    Khatib turut mengingatkan, jangan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu sehingga menyusahkan diri sendiri dan melakukan pembaziran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...