Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Peka situasi kesihatan semasa

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Sentiasa peka terhadap situasi kesihatan dari semasa ke semasa perlu disemai dalam diri setiap individu di mana pun berada lebih-lebih lagi demi mengawal sebarang penyakit berjangkit seperti cacar monyet (monkeypox).

    Sehubungan itu, orang ramai perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman mengenai cacar monyet termasuklah simptom-simptom dan cara jangkitan berlaku serta sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini daripada sumber-sumber yang sahih.

    Hal ini begitu penting untuk mewujudkan kesedaran bersama ahli keluarga dan insan-insan sekeliling, tekan Konsultan (Penyakit Berjangkit), Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Riamiza Natalie binti Haji Momin ketika mengulas mengenai amalan-amalan terbaik yang perlu dilaksanakan seluruh lapisan masyarakat dalam kehidupan sehari-hari lebih-lebih lagi dalam mengawal penyakit berjangkit seperti cacar monyet yang kini melanda negara-negara di dunia, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    “Mengamalkan tanggungjawab kendiri adalah perlu jika awda khuatir mengalami simptom-simptom yang mungkin menyerupai cacar monyet, maka dalam hal ini perlunya awda berjumpa doktor dengan segera bagi mendapatkan rawatan dan penilaian yang diperlukan,” tekannya lagi.

    Dr Hajah Riamiza menambah, begitu juga mustahak bagi kesedaran bersama apabila melakukan sebarang aktiviti yang boleh berisiko kepada jangkitan cacar monyet termasuklah melakukan hubungan intim maka sentiasalah menilai risiko masing-masing demi kesejahteraan bersama.

    Di samping itu, katanya, orang ramai perlu menerapkan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) sepertimana yang telah diamalkan selama ini dalam mengawal jangkitan COVID, maka ia juga boleh dijadikan sebagai langkah dan usaha yang efektif dalam mengawal jangkitan cacar monyet daripada berlaku.

    Dr Hajah Riamiza Natalie semasa sidang media di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Sim Y. H

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...