Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pekebun Sabah disaran pelbagaikan tanaman komoditi

    TAWAU, 18 JAN – Pengusaha dan pekebun di Sabah disaran mempelbagaikan tanaman komoditi termasuk menanam buah-buahan bagi mengimbangi pendapatan harian dan sebagai persediaan jika berlaku kejatuhan harga tanaman tertentu.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata harga setiap komoditi pertanian adalah mengikut pasaran semasa dan jika satu komoditi sahaja ditanam misalnya sawit, kemudian harga buah sawit jatuh, ia semestinya akan memberi kesan langsung kepada pekebun sawit.

    “Sebab itu petani, peneroka, pekebun jangan bergantung atau tumpu terhadap tanam satu jenis komoditi sahaja, bila harga satu tanaman jatuh, mereka akan menghadapi masalah, mereka perlu ada mix farming (pertanian campur) untuk membantu mempelbagai pendapatan,” katanya dalam kenyataan sempena lawatan ke Kampung Rancangan Apas Proper di sini hari ini.

    Katanya, pelbagai tanaman lain boleh diusahakan seperti durian musang king, nanas, avokado dan pelbagai sayuran yang mempunyai permintaan tinggi dan pasaran baik sekali gus membantu meningkatkan pendapatan pekebun.

    Selain itu, Bung Moktar berkata pekebun diharapkan tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing dalam mengusahakan sektor komoditi pertanian sebaliknya berusaha menarik pekerja tempatan untuk terbabit dalam sektor berkenaan. – Bernama

    Klinik swasta di Malaysia yang menawarkan sijil vaksinasi COVID-19 pada harga RM500 telah diserbu, baru-baru ini. – The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...