Wednesday, December 7, 2022
31.3 C
Brunei

-

Pekerja asing lari daripada majikan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut PPDB, laporan mengenai pekerja lelaki warganegara China iaitu Lai Vui Hiung (gambar) yang berusia 43 tahun dengan nombor pasport H53954894, telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -