Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Warga asing yang tiba di negara ini termasuklah bagi tujuan pekerjaan tidak kira bagi pekerja domestik atau lain-lain, mereka tetap dimestikan menjalani tempoh kuarantin tertentu sama ada di rumah masing-masing atau hotel di negara ini.
Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
“Dalam situasi COVID pada masa ini, negara kita membenarkan sesiapa sahaja untuk datang di negara ini namun mereka perlu menjalani kuarantin di hotel atau pun di kediaman sendiri tetapi tertakluk kepada kesesuaian kemudahan pada kediaman-kediaman mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” ujarnya lanjut.