Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pekerja dipenjara 8 bulan curi barangan syarikat

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seorang penghantar lelaki berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, selepas dia mengaku bersalah mencuri daripada stok syarikatnya yang bernilai hampir $1,800.

    Muhammad Shahirul Akhbar bin Shahrinee, warga tempatan, menjual barangan curi itu pada harga $180 kepada pelbagai pembeli dan membelanjakan hasilnya untuk dirinya sendiri.

    Pendakwa Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli men-dedahkan di mahkamah bahawa tindakan defendan itu terbongkar pada 22 Jun pukul 2:30 petang apabila seorang kakitangan pengurusan di Syarikat Malar Setia dimaklumkan oleh seorang penyelia bahawa dia mendapat maklumat mengenai Hersheys – Cookies and Creme mereka dijual di media sosial.

    Mereka membuat siasatan yang membawa kepada penemuan penglibatan defendan.

    Defendan disoal dan bukan sahaja dia mengaku menjual beberapa kotak Hersheys – Cookies and Creme, malah mencuri beberapa karton minuman VIDA berlainan perisa pada masa berlainan. Laporan polis dibuat yang membawa kepada penahanan defendan.
    Hanya satu karton minuman VIDA yang dicuri didapati semula daripada salah seorang pembeli.

    Majistret kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman ketika menjatuhkan hukuman, menekankan bahawa defendan telah mengkhianati majikan yang mempercayai-nya untuk memasuki bilik stor, mencuri daripada majikannya, mendapatkan keuntungan dari-padanya dan membelanjakannya untuk dirinya sendiri.

    Mahkamah seterusnya menegaskan bahawa tindakan defendan itu menyebabkan bebanan ke atas syarikat dan membawa kerugian berjumlah $1,764.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...