Thursday, September 29, 2022
31.9 C
Brunei

Pekerja Indonesia didenda $21,000

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, telah memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia untuk membayar denda berjumlah $21,000 kerana memiliki rokok seludup.

Ahmat Alifin, 32, perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman mendengar daripada pendakwa raya kastam bahawa defendan ditahan oleh pegawai pencegahan kastam semasa serbuan yang mendapatinya menyimpan 26 karton dan sembilan paket rokok seludup di kuarters kerjanya di Jalan Pasir Berakas.

Serbuan dilakukan pada pukul 7:57 malam, 27 Januari lalu di mana pegawai turut menemui dan merampas wang tunai $363, disahkan hasil daripada penjualan rokok berkenaan.

Mahkamah juga mengarahkan agar semua rokok yang dirampas tersebut dimusnahkan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -