Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pekerja Jerman terima kenaikan gaji

    FRANKFURT, 18 NOV – Kesatuan peniagaan terbesar Jerman bersetuju hari ini untuk menaikkan gaji sebanyak 8.5 peratus untuk hampir empat juta pekerja yang terjejas akibat inflasi, sekali gus mengelak mogok besar-besaran di ekonomi terbesar Eropah itu.

    Perjanjian di antara kesatuan IG Metall, yang mewakili pekerja dalam sektor besi dan elektrik Jerman, dicapai pada hari ini selepas rundingan beberapa minggu.

    Perjanjian yang dijangka membabitkan kira-kira 3.9 juta pekerja di seluruh Jerman itu menetapkan bagaimana kenaikan gaji akan diperkenalkan dalam dua peringkat, pada 2023 dan 2024.

    Ia juga termasuk bayaran 3,000 euro untuk membendung kesan inflasi. – AFP

    Seorang pekerja mengambil sampel daripada relau keluli Salzgitter AG, di Salzgitter, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...