Pekerja kesihatan India diberi penghormatan

NEW DELHI, 3 MEI – Helikopter menghujani pekerja kesihatan dengan kelopak bunga mawar dan kapal terbang jet terbang di atas langit hari ini apabila tentera India memberikan penghormatan kepada pekerja barisan hadapan yang bekerja memerangi pandemik koronavirus.

Dalam salah satu gerak isyarat pertama hari ini, kelopak bunga menghujani muka kakitangan perubatan dalam peralatan perlindungan tatkala band tentera memainkan lagu patriotik termasuk ‘Jai Ho’ daripada filem popular Slumdog Millionaire.

Di beberapa negeri dan wilayah di seluruh negara, jet pejuang dan pesawat udara pengangkutan dalam formasi mengambil bahagian dalam penerbangan penghormatan sebagai tanda terima kasih kepada ‘wira koronavirus negara.’ – AFP

Kakitangan perubatan bersorak tatkala helikopter Tentera Udara India Mi-17 menggugurkan kelopak bunga di Hospital Victoria sebagai menghormati ‘wira barisan depan’ COVID-19 di Bangalore kelmarin. – AFP