Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pekerja kilang tembaga terbesar dunia lancar mogok tiga hari

    SANTIAGO, 16 NOV – Pekerja di lombong tembaga terbesar dunia di utara Chile semalam mengumumkan akan mogok selama tiga hari berturut-turut minggu depan sebagai protes kepada ‘isu keselamatan serius’ di Lombong Escondida.

    Menurut Kesatuan Lombong Escondida, lebih 2,400 pelombong dijangka terbabit dalam mogok dari Isnin hingga Rabu depan.

    “Keputusan itu disebabkan ‘isu keselamatan serius’ seperti tiga kebakaran, di mana kami boleh mengesahkan syarikat tidak menerima pakai langkah pencegahan dan keselamatan yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.

    Chile, melalui Escondida yang dimiliki syarikat gergasi BHP, Anglo-Australia, adalah pengeluar tembaga terbesar dunia dengan pengeluaran tahunan sebanyak 5.6 juta tan, hampir satu pertiga daripada keseluruhan keluaran global.

    Untuk rekod, pekerja lombong itu pernah mogok selama 44 hari pada 2017, rekod paling lama dalam sejarah perlombongan Chile, mengakibatkan BHP kehilangan AS$740 juta, justeru menyumbang kepada penurunan 1.3 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

    Mogok pada Ogos 2021 itu dapat dielakkan dengan pemeteraian perjanjian kolektif baharu. Seperti dilaporkan media tempatan, setiap pekerja memperoleh hampir AS$27,000 seorang sebagai bonus untuk bekerja ketika pandemik COVID-19 tahun lalu.

    Pekerja mendakwa kes baru-baru ini mendedahkan mereka kepada ‘risiko serius’ selain turut mengatakan BHP melakukan amalan melanggar peraturan kesatuan serta ‘pelanggaran hak asasi’.

    Pihak kesatuan juga mengadu bahawa syarikat tidak mengendahkan atau enggan mencari penyelesaian terhadap aduan yang dibuat oleh mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...