Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pekerja lari terima padah

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seorang lelaki warga Thailand yang tinggal lebih masa di negara ini selama 797 hari dijatuhi hukuman penjara enam bulan berserta tiga kali sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.

    Pendakwa Imigresen Mohd Zul Azri bin Haji Ranee memaklumkan Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bahawa Somphong Yinget, 41, ditahan di kaunter imigresen sejurus sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 3:30 petang, 26 Oktober lalu.

    Mahkamah turut mendengar bahawa defendan telah ditahan kerana pegawai imigresen bertugas mendapati pengesahan dalam pasport defendan yang meragukan.

    Kes defendan telah diserahkan untuk siasatan kepada pihak penguatkuasaan, yang mendapati kali terakhir defendan memasuki lapangan terbang berkenaan pada 19 April 2018 di bawah sebuah syarikat sebagai buruh.

    Kali terakhir pas kerjanya dilanjutkan adalah pada 21 Mei 2020, sah sehingga 21 Ogos 2020. Bagaimanapun, majikan defendan membatalkan pasnya pada 11 Ogos 2020 menyebabkan defendan mendapat perintah pulang ke tanah air sebelum 19 Ogos 2020.

    Defendan melarikan diri daripada majikannya dan hilang sehingga ditahan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...