Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja maut jatuh atas gondola

    PUTRAJAYA, 24 Mac – Seorang warga Nepal maut setelah terjatuh di atas gondola sebelum menghempap seorang pekerja warga Bangladesh yang berada di dalamnya di satu tapak pembinaan di Presint 7, di sini hari ini. Warga Nepal berkenaan, Bhim Bahadur Katuwal, 31, yang dipercayai terjatuh dari tapak pembinaan bangunan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, mati di tempat kejadian.

    Rakan sekerjanya pula, seorang warga Bangladesh, Mohammad Abul Hosen, 45, patah tangan kanan setelah dihempap mangsa dalam kejadian kira-kira 8:50 pagi dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi berkata polis tidak menolak kemungkinan Bhim Bahadur terjatuh daripada tingkat 23 atau tingkat 17 kerana aras tersebut sahaja mempunyai ruang terbuka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda