Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pekerja maut jatuh dari kondominium

    WEST PALM BEACH, 31 MEI – Seorang pekerja pembinaan wanita berusia 23 tahun maut selepas jatuh dari beranda tingkat 13 kompleks kondominium di West Palm Beach.

    Delores Yamileth Martinez-Ponce bekerja untuk syarikat bahan lantai dan sedang memasang lantai di tapak pembinaan kondominium La Clara apabila dia terjatuh pada pukul 9 pagi, beritahu jurucakap polis Mike Jachles kepada pemberita.

    “Atas sebab-sebab yang kami tidak tahu, dia nampaknya terjatuh dari beranda,” kata Jachles.

    Dia terjatuh ke tingkat kedua dan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Dalam kenyataan, polis berkata Martinez-Ponce tinggal di Miami-Dade County dan bekerja untuk Jovavesa Corp, subkontraktor untuk projek pembinaan. Punca kematiannya masih dalam siasatan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...