‘Pekerja pejabat’ berpeluang ceburi perusahaan tanaman cili

SHAH ALAM, 8 NOV – GrasiCili Plt, syarikat pengusaha tanaman cili berskala besar membuka peluang kepada golongan yang bekerja di pejabat dan kalangan profesional yang berminat untuk terlibat dalam perusahaan penanaman cili melalui usaha sama secara maya.

Pengasas GrasiCili, Munir Ashim Abdullah berkata melalui model ‘Virtual Contract Farming (VCF)’, pihaknya memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk menceburi bidang pertanian secara maya tanpa mereka perlu turun untuk bekerja di ladang.

“Menggunakan model VCF, Grasicili memberi peluang kepada mereka menceburi bidang penanaman cili yang mana pemantauan dan perancangan dibuat oleh pihak syarikat daripada proses pembangunan hingga ke penjualan hasil,” katanya kepada Bernama. – Bernama