Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pekerja penjagaan kesihatan: S’wak saran diberikan autonomi

    KUCHING, 5 MEI – Sarawak menyarankan agar kerajaan negeri diberikan autonomi dalam aspek pengambilan dan penempatan pekerja penjagaan kesihatan kerajaan di seluruh negeri itu, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

    Beliau juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata autonomi itu adalah salah satu cadangan yang dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penyediaan Kertas Putih Kesihatan Malaysia, khusus untuk menyelesaikan isu berkaitan sumber manusia dalam industri penjagaan kesihatan.

    “Itu sebabnya amat penting kenapa kita mahukan autonomi dalam aspek sumber manusia kami juga mahukan kuasa, supaya Kerajaan Persekutuan boleh beritahu kami berapa jumlah (pekerja) yang dicadangkan, dan Sarawak akan melantik pekerja bagi pihak anda (persekutuan),” katanya.

    Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Hari Bidan Antarabangsa 2023 di sini hari ini, beliau berkata autonomi itu akan secara beransur-ansur mengatasi nisbah semasa Sarawak iaitu seorang jururawat kepada setiap 342 pesakit.

    Januari lepas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM menyasarkan untuk membentangkan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada pertengahan tahun ini semasa sidang kedua yang dijangka diadakan dari 22 Mei hingga 15 Jun.

    Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni juga dilaporkan berkata bahawa semua cadangan yang dibuat oleh kerajaan Sarawak akan diambil kira dalam penyediaan kertas putih itu. – Bernama

    Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (empat, kanan) merasmikan Persidangan Hari Bidan Antarabangsa 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...