Pekerja restoran mirip Gong Yoo jadi perhatian

SEORANG peminat nyaris dapat serangan jantung kerana terkejut melihat aktor Gong Yoo bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran makanan segera di Filipina.

Tapi sebenarnya itu bukannya Gong Yoo sebaliknya pekerja restoran itu memilik wajah seakan-akan pelakon drama bersiri Goblin itu.

Wanita yang dikenali sebagai Eriel Pangan Mendoza sempat mengambil gambar pekerja itu sebelum memuat naik di Facebook miliknya.

“Saya terjumpa Goblin dan saya juga dapat melihat pedang di dadanya. Adakah dia bakal suami saya?,” tulisnya mengikut skrip drama popular itu seperti dipetik dari laporan Koreaboo.

Tambah Eriel lagi, dia tidak perlu ke Korea Selatan untuk bertemu idolanya itu dan hanya ke restoran makanan segera.

Gambar lelaki itu menjadi tular di Facebook sehingga mendapat perhatian peminat dari Korea sendiri.

Seorang pekerja restoran makanan segera menjadi perhatian apabila wajahnya mirip pelakon Gong Yoo.
Seorang pekerja restoran makanan segera menjadi perhatian apabila wajahnya mirip pelakon Gong Yoo.