Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Pekerja satu dos vaksin dibenarkan kembali bekerja

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Mulai 1 Disember ini, kerajaan Negara Brunei Darussalam membenarkan orang ramai yang setakat ini hanya memiliki satu dos suntikan vaksin untuk memasuki dan meneruskan pekerjaan di premis masing-masing.

Kebenaran juga diberikan kepada mereka yang tidak bervaksin namun diarahkan untuk membuat saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART) terlebih dahulu secara persendirian.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab persoalan berhubung isu orang ramai yang belum mendapatkan suntikan dos yang lengkap memiliki kod BruHealth berwarna jingga dan penjelasan mengenai mereka yang belum melengkapkan dos untuk memasuki premis pekerjaan masing-masing dan premis perniagaan.

“Mereka perlu membawa kad vaksinasi sebagai bukti telah menerima satu dos suntikan vaksin dan ditunjukkan kepada majikan sebelum dibenarkan bekerja. Namun kebenaran ini hanya khusus untuk bekerja tetapi bukanlah termasuk memasuki premis-premis perniagaan.

“Bagi kebenaran memasuki premis-premis perniagaan adalah tertakluk kepada pemilik premis berkenaan. Tetapi apa yang pihak kerajaan benarkan adalah untuk kembali ke premis-premis pekerjaan sahaja,” tekan beliau lagi semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini. Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato sebelumnya turut menjelaskan bahawa kod BruHealth yang berwarna jingga itu sebenarnya merujuk kepada warna merah.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan – Gambar oleh Syahmi Hassan.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -