Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pekerja sosial wajar dihormati

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Persekutuan Pekerja Sosial Antarabangsa (IFSW) telah menandakan setiap Selasa ketiga pada bulan Mac sebagai Hari Kerja Sosial Sedunia.

    Pekerja sosial di seluruh dunia berkumpul untuk mengiktiraf sumbangan penting profesion mereka dalam perayaan yang telah menjadi acara utama dalam kalendar kerja sosial.

    Sambutan ini bertujuan untuk menghormati usaha kerja sosial bagi meningkatkan kesejahteraan individu, keluarga, komuniti dan masyarakat yang lebih luas. Ia juga menekankan pencapaian kerja sosial, meningkatkan keterlihatan perkhidmatan sosial, serta mempertahankan keadilan sosial dan hak asasi manusia.

    Tahun ini, Hari Kerja Sosial Sedunia akan berlangsung pada 21 Mac 2023, dengan tema Respecting Diversity through Joint Social Action. Tema ini merupakan peringatan yang kuat bahawa perubahan berlaku secara tempatan melalui komuniti yang pelbagai dan dipenuhi pemimpin.

    Tema ini mengiktiraf kuasa tindakan sosial untuk mencipta perubahan sosial yang inklusif dan menghormati kepelbagaian. Akhirnya, ini adalah peluang untuk mengakui bagaimana komuniti boleh mengambil tindakan berkuasa yang membawa kepada transformasi sosial yang inklusif.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Pekerja Sosial Perubatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan (MSW), Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Dayang Irnahjaya binti Mohd Zaba dalam penulisannya berjudul World Social Work Day 2023: Diversity through Joint Social Action yang dikongsikan oleh PJSC kepada Media Permata, baru-baru ini.

    Sehubungan itu, Jabatan Kerja Sosial Perubatan di PJSC telah mengadakan majlis di mana Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2023 telah dilancarkan pada 7 Mac lalu di mana pihak jabatan telah mengalu-alukan vendor dan pempamer yang berminat bagi memeriahkan majlis tersebut.

    Satu forum juga telah dirancang pada bulan Mac ini iaitu pada 10 Mac lalu dan pihak jabatan berkenaan telah menjemput penceramah panel terkenal untuk membincangkan kepentingan menghormati kepelbagaian dan kesannya kepada masyarakat.

    Semua program ini dan aktiviti lain telah dimulakan dari 7 hingga 10 Mac untuk memberi pendedahan penerbitan kepada bidang kerja sosial dan mempromosikan kepentingan memahami kepelbagaian untuk mengubah kehidupan seseorang.

    Dayang Irnahjaya semasa ditemui Media Permata, baru-baru ini. – Gambar serahan PJSC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...