Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024

    COLOMBO, 12 JAN – Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023, menurut data terkini Bank Pusat Sri Lanka, lapor Xinhua.

    Pada 2023, kiriman wang rakyat Sri Lanka berjumlah kira-kira AS$5.97 bilion.

    Bagi Disember 2024 sahaja, jumlah kiriman wang rakyat Sri Lanka ialah AS$613.8 juta, berbanding AS$569.7 juta pada Disember 2023.

    Kiriman wang menjadi satu daripada sumber utama pertukaran asing bagi Sri Lanka. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai rakyat negara ini berhijrah ke luar negara untuk bekerja. Menurut data daripada Biro Pekerjaan Luar Negara Sri Lanka, seramai 312,836 rakyat negara itu berhijrah untuk bekerja di luar negara pada 2024, menjadikannya jumlah tertinggi dalam sejarah penghijrahan pekerjaan negara tersebut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda