Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja warga asing dijatuhkan hukuman

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Mahkamah Majistret pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dengan tiga kali sebatan kepada seorang pekerja Bangladesh yang melarikan diri dari majikannya dan tinggal lebih masa selama daripada dua tahun lebih di negara ini.

    Mujahid, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni.

    Defendan ditahan pada pukul 1.05 pagi 27 September lepas ketika sepasukan anggota penguat kuasa Imigresen memeriksa rumahnya di Kampong Sungai Buloh, Mentiri, menurut Pendakwa Imigresen Adi Yusra Adanan.

    Pihak berkuasa mendapati defendan tidak memegang dokumen perjalanan yang sah, dan kemudian selepas siasatan mendapati defendan telah melarikan diri dari majikannya.

    Turut didedahkan adalah bahawa pas kerja Mujahid telah berakhir dan tamat tempoh pada 2 September 2021.

     

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda