Pekerja warga Bangladesh larikan diri

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan mengenai pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Mahin Uddin (gambar) yang berusia 36 tahun dengan nombor pasport BM0230437 telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB dan bagi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.