Pekerjaan di hujung tanduk

Semenjak dunia global termasuk negara kita di bawah ancaman koronavirus, beberapa syarikat mengalami penjejasan ekonomi yang drastik.

Sehinggakan ada yang terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mendapat sebarang keuntungan dan malah para pekerja terpaksa dihentikan serta-merta.

Justeru, pada ketika ini kami sebagai pekerja merasa bimbang dengan keadaan koronavirus ini. Nyawa kami ibarat di hujung tanduk kerana bila-bila saja nama kami terpilih untuk diberhentikan. Apabila ditanya sebab diberhentikan, syarikat tidak mendapat hasil pendapatan yang baik berikutan COVID-19.

Kenapa disebabkan virus berkenaan, kami diberhentikan begitu saja? Walau kami sudah bertahun-tahun bekerja tapi nasib kami tetap goyah. Sekarang bukanlah mudah untuk mendapat pekerjaan meskipun memiliki pengalaman. Kerana setiap pekerjaan memerlukan pengalaman yang berkaitan.

Berniaga? Pada ketika ini bidang perniagaan tidak begitu menjaminkan kerana persaingan yang ramai. Kami berharap hilanglah segera virus ini dan mulalah seperti sedia kala tanpa sebarang ancaman koronavirus.

Keluhan pekerja