Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pekin syukur isteri hamil

    Empat tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan isterinya aktres Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.

    Ketika usia kandungan sudah mencecah enam bulan, Mona, 37, berkata dia tidak pernah merahsiakan kehamilannya namun memilih untuk tidak mengumumkan selagi belum tiba masa sesuai.

    Menurut pemilik nama Munna Hafiraneza Allen ini, pada awalnya dia dan suami mahu berkongsi berita gembira itu selepas kandungan mencecah tujuh bulan.

    Sebelum ini, Mona memuat naik foto bersama suami dan memperlihatkan dia sedang memegang perut di Instagram miliknya.

    Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

    Mendedahkan usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC), pelakon drama Love Elsa ini memberitahu dia dan suaminya pernah melakukan rawatan dengan pengamal perubatan Islam di Melaka.

    Sementara itu, Mona turut memberitahu suaminya mengalami alahan seperti mual, muntah dan mengidam sejak awal kehamilan.

    Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018. – Agensi

    Mona dan Pekin bakal timang cahaya mata pertama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...