Pelabuhan Belgium guna gelang teknologi kesan pekerja

ANTWERP – Dengan penularan koronavirus semakin reda dan orang ramai sedikit demi sedikit kembali bekerja memikirkan kesannya terhadap pekerjaan mereka, pelabuhan kedua terbesar di Eropah kini sedang bersiap sedia untuk menguji peralatan yang bertujuan membantu ribuan pekerja untuk mematuhi penjarakan sosial.

Di Antwerp Belgium, di mana kira-kira 900 buah syarikat beroperasi di kawasan berukuran sebuah bandar kecil, dua buah pasukan pekerja pelabuhan akan memakai gelang pada bulan hadapan yang pada mulanya direka untuk mencari ahli krew kapal tunda yang terjatuh ke laut tetapi kini diubahsuai untuk membantu menghentikan penyebaran penyakit ini.

Sehingga vaksin dihasilkan, mengikuti saranan jarak selamat 1.5 meter yang ditetapkan oleh Eropah, mencuci tangan dengan kerap dan memakai penutup muka menjadi cara terbaik untuk mempertahankan diri dari sebarang penularan virus baru.

Negara-negara Eropah mereka aplikasi menjejak kontak melalui telefon bimbit untuk membantu mencari lokasi punca penularan.

Walaupun peranti tersebut digunakan untuk tujuan kebaikan, pelbagai jenis peralatan telah meningkatkan kerisauan mengenai privasi dan akan mengganggu apabila mereka berada di rumah orang atau di tempat kerja.

Seorang pekerja di pelabuhan menunjukkan gelang yang telah diubahsuai. Pelabuhan Belgium sedang bersiap sedia untuk menguji peralatan yang bertujuan membantu ribuan orang pekerja untuk mematuhi penjarakan sosial. – AP
Jurutera kapal, Wim Giabeler memakai gelang digital ketika dia memindahkan kapal tundanya di pelabuhan Antwerp. Gelang tersebut akan bergetar apabila mereka berjalan dalam lingkungan tiga meter dari orang lain dan dapat mengeluarkan lampu amaran. – AP
Jurutera kapal dan anak-anak kapal baru berlepas dari pelabuhan Antwerp. Syarikat pengeluar berkata gelang tersebut tidak menyimpan sebarang data dan tiada komunikasi keluar dari gelang itu bagi tujuan privasi.- AP

Gelang tersebut akan dipakai seakan memakai jam tangan. Ditutupi dengan plastik berwarna hitam, ia akan bergetar apabila mereka berjalan dalam lingkungan tiga meter dari orang lain.

Kekuatan getaran, sama seperti getaran telefon bimbit tetapi lebih jelas apabila a dipakai di pergelangan tangan, getaran semakin kuat apabila berhampiran dengan gelang lain dan mengeluarkan lampu amaran.

“Anda mempunyai topi pelindung, dan anda mempunyai kasut keselamatan, dan anda mempunyai rompi renang. Benda-benda seperti itu. Dan sekarang, kami menambah lagi peralatan keselamatan kami untuk memastikan orang dalam keadaan selamat. Dan jika berlaku sesuatu, ia akan dikesan dengan serta-merta,” ketua pegawai teknologi pelabuhan Antwerp, Erwin Verstaelen berkata.

Gelang tersebut memastikan penjarakan fizikal dan tidak mengumpul sebarang data. Tiada sebarang rancangan yang telah diumumkan oleh pihak pelabuhan untuk menggunakannya bagi menjejak langkah pekerja atau menilai prestasi mereka dengan beberapa buah syarikat di tempat lain telah melakukan perkara tersebut. Tetapi ia lebih diprogramkan untuk memberikan maklumat.

“Penjarakan sosial dan privasi adalah sangat penting,” kata John Baekelmans, CEO Rombit, syarikat pengeluar gelang tersebut. “Kami tidak menyimpan data. Tiada sebarang komunikasi yang keluar dari gelang itu. Ia hanya untuk memastikan orang selamat.”

Dengan panduan terdapat di aplikasi telefon bimbit – bukan pada gelang kaki atau gelang tangan – pesuruhjaya Eropah berkata ia perlu diuruskan oleh pihak berkuasa kesihatan awam dan ditanggalkan apabila mereka tidak perlu lagi menggunakannya. Ia perlu dipakai secara sukarela, dan seseorang tidak akan dihukum jika mereka enggan memakainya.

Sebaik-baiknya, data akan dilindungi dengan enkripsi canggih dan hanya disimpan dalam masa yang terhad.

Potensi kebaikan aplikasi ini dan peralatan lain ialah ia senang untuk digunakan. Virus yang telah membunuh lebih dari 200,000 orang di seluruh dunia, menurut Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah. Tetapi pakar dan kesatuan perdagangan bimbang ia boleh menjadi invasif.

Isabelle Schoemann dari Konferensi Kesatuan Perdagangan Eropah berkata pertubuhan itu tidak akan memberikan sebarang nasihat mengenai ujian tersebut. Dia berpendapat bahawa kebanyakan orang tidak memerlukan teknologi untuk membantu mereka memahami sejauh mana mereka harus berdiri daripada rakan sekerja mereka.

“Kami jenis yang menjalankan ujian dalam kehidupan nyata, dan agak membimbangkan kami mengujinya ke atas orang tanpa dapat melihat sebarang jaminan apa yang akan diberikan oleh teknologi ini sebelum ujian,” Schoemann memberitahu Associated Press

Nathalie Smuha, penyelidik dan pembantu pensyarah undang-undang dan etnik di Universiti Leuven, meluahkan kerisauan mengenai hubungan kuasa tidak seimbang di antara majikan dan pekerja mereka. Dia menyeru diadakan perdebatan demokratik mengenai implikasi undang-undang, etika dan politik jika menggunakan peralatan menjejak itu.

“Kami mengatakan bahawa alat-alat ini sepatutnya dipakai dengan cara sukarela,” Smuha memberitahu AP. Tetapi tambahnya ‘apa pilihan yang kita ada, jika sebaliknya anda tidak mempunyai pekerjaan anda tidak dapat menyara keluarga anda?’

Lebih daripada itu, Smuha berkata, orang ramai mempunyai pendapat bercampur-campur mengenai teknologi yang dapat menyebabkan kita berfikir bahawa ia tidak membawa kesalahan. Ini mungkin mendorong kita untuk mengambil risiko yang lebih besar, atau pergi dengan lebih jauh, dari apa yang kita lakukan.

“Sebaik sahaja anda mula melaksanakan perkara ini, sangat sukar untuk kembali,” katanya. “Kenapa hanya menggunakan ketika bekerja? Barangkali anda perlu menggunakan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang, dan mungkin anda perlu menggunakannya ketika berada di dalam kedai bagi mendapatkan akses.”- AP