Pelabuhan Hainan destinasi popular pelaburan

HAIKOU, CHINA, 15 SEPT – Pembinaan bagi pelabuhan perdagangan bebas Hainan telah dipercepatkan sejak pihak berkuasa China mereka bentuk satu pelan baginya tiga bulan yang lalu, menunjukkan komitmen China bagi pembukaannya di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Dengan pakej dasar sokongan, Hainan bakal menjadi sebuah destinasi popular untuk pelaburan dan perusahaan asing.

Setakat ini, pelabuhan perdagangan bebas itu telah memperoleh sebanyak 94 projek utama termasuk 20 projek yang dibiayai oleh pihak asing, yang merangkumi sektor seperti pelancongan, perkhidmatan moden dan industri berteknologi tinggi.

“Pelancaran bagi projek-projek ini akan membawa pertumbuhan baharu bukan sahaja kepada pelabuhan perdagangan bebas itu tetapi juga kepada pelabur global,” kata Han Shengjian, pengarah bagi Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan.

Dari 1 Julai, Hainan telah meningkatkan kuota membeli-belah bebas cukai tahunan mereka dari 30,000 yuan kepada 100,000 yuan setiap seorang.

Menurut data rasmi, penjualan dari empat kedai bebas cukai luar pesisir di Hainan mencecah 5 bilion yuan dari 1 Julai hingga 18 Ogos, satu peningkatan sebanyak 250 peratus tahun ke tahun, dengan satu kadar pusing ganti harian purata lebih dari 100 juta yuan. – Bernama