Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Pelabuhan POIC mampu jadi hab pemindahan kargo

    LAHAD DATU, 5 SEPT – Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di sini mampu menjadi salah satu daripada hab pemindahan kargo dari kapal ke kapal yang utama di rantau ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Kedudukan strategik Pelabuhan POIC itu di pertengahan Asia Timur mempunyai kelebihan besar dalam aspek pengendalian kargo pukal yang mana pemprosesan boleh dilakukan di sini, sebelum dieksport ke beberapa negara maju seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.

    “Sudah pasti infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan termasuk peluang pekerjaan. Pelabuhan ini juga akan membantu menjayakan lagi sektor perindustrian di Sabah.

    “Perindustrian antara sektor utama dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) juga sektor tumpuan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Pelancaran Rasmi Pelabuhan POIC Lahad Datu dan Pengoperasian Fasiliti Tangki Pukal POIC di sini hari ini.

    Sektor industri pelabuhan adalah salah satu daripada pemangkin utama dan tulang belakang kepada pembangunan negeri Sabah, khususnya yang melibatkan penghantaran barang atau kargo.

    Kemudahan infrastruktur yang baik serta berkualiti akan dapat menyokong setiap usaha pembangunan ekonomi Sabah.

    Hajiji juga optimis pelabuhan POIC Lahad Datu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik serta sokongan kepada operasi eksport dan import.

    Pelabuhan-pelabuhan ini terdiri daripada Terminal Kontena, Terminal Pukal Kering, Terminal Pukal Cecair dan Dermaga Pendaratan Baj/Tongkang. – Bernama

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di sini mampu menjadi salah satu daripada hab pemindahan kargo dari kapal ke kapal yang utama di rantau ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...