Pelabur Asia nanti ucapan Powell

HONG KONG, 21 OGOS – Ekuiti–ekuiti tersekat di Asia hari ini ketika para pelabur berhenti sejenak selepas kenaikan terbaharu, dengan tumpuan beralih kepada ucapan penting oleh bos Rizab Persekutuan, Jerome Powell hujung minggu ini.

Harapan bagi perbincangan perdagangan antara China-AS telah memberikan peningkatan yang sangat-sangat diperlukan dalam dua hari kebelakangan ini, oleh itu para pelabur memilih untuk bertahan menanti ucapan itu.

Selepas petanda positif dari Donald Trump dan beberapa orang penasihat tertingginya baru-baru ini mengenai perkembangan dengan perbincangan bersama Beijing, serta penangguhan satu pengharaman ke atas pembelian Huawei, terdapat beberapa perkembangan positif lain untuk para pelabur nikmati.

Fed akan mengeluarkan beberapa minit pada pertemuan Julai lewat hari ini, yang akan memberikan gambaran mengenai pertimbangannya apabila mengurangkan kadar faedah buat pertama kali sejak krisis kewangan.

Tetapi ucapan Poweel pada pertemuan perbankan pusat di Jackson Hole, Wyoming, adalah acara utama dan akan diteliti bagi sebarang petanda mengenai pelan bank itu bulan depan, dengan para pakar gagal mencapai kata sepakat sama ada dia akan mengumumkan pengurangan kadar faedah lebih banyak atau tidak. – AFP

Keadaan sunyi di sebuah firma pembrokeran dengan hanya didatangi oleh beberapa orang yang melihat papan elektronik di Beijing. – AP