Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelabur tidak diberikan kerakyatan

    ATHENS, 9 Ogos – Greece tidak memberikan kerakyatan kepada pihak yang melabur di negara itu, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.

    Kenyataan itu dikeluarkan susulan Pesuruhjaya Keadilan Kesatuan Eropah (EU) Vera Jourova yang menyatakan ‘kita tidak mahu kuda Trojan dalam EU’.

    Berdasarkan laporan akhbar Jerman, Jourova berkata wujudnya risiko keselamatan daripada program visa emas yang dikendalikan oleh anggota EU, kerana pemegangnya mempunyai akses ke Kawasan Schengen. Jourova berkata pengawalseliaan rangka kerja mengenai hal itu akan menjadi antara agenda EU pada musim luruh nanti.

    Sementara itu kenyataan Kementerian Dalam Negeri menjelaskan, ‘Greece bukan negara anggota EU yang memberi kerakyatan kepada pelabur, pembeli harta tanah atau aktiviti perniagaan lain’. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda