Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pelaburan Google dalam wilayah awan M’sia bersifat signifikan

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Malaysia akan menyertai 34 wilayah awan Google yang sedang beroperasi di seluruh dunia, pelaburan yang menurut Google Cloud akan menjadi yang paling signifikan di negara ini. 

    Pengarah Urusan Google Cloud (Asia Tenggara) Ruma Balasubramanian tidak dapat mendedahkan nilai pelaburan tetapi berkata ianya merangkumi pusat data, perkakasan/perisian serta kepakaran.

    “Infrastruktur akan dibina di Malaysia. Kami masih dalam proses mencari lokasi. Kami akan berkongsi dengan awda secepat mungkin. 

    “Kami telah mengumumkan tiga kawasan awan tambahan di seluruh Asia Pasifik minggu ini. Satu daripadanya di Malaysia, dua lagi akan berada di Thailand dan New Zealand,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman wilayah awan Google Malaysia di sini hari ini.

    Beliau ketika mengulas mengenai keputusan kumpulan berkenaan untuk melabur di Malaysia memberitahu negara ini telah bangkit daripada pandemik sehingga menonjolkan potensi untuk menjadi negara yang berdaya saing secara digital dengan lapan daripada 10 rakyat Malaysia kini menggunakan perkhidmatan digital atau merancang berbuat demikian pada masa akan datang.

    Oleh itu, transformasi digital telah menjadi keperluan strategik bagi setiap perniagaan yang ingin kekal maju. Beliau berkata ekonomi digital Malaysia dijangka bernilai AS$35 bilion. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...