Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Peladang disaran dapatkan baja dari BFI

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Permintaan baja secara keseluruhan adalah tinggi di seluruh negara bukan sahaja bagi padi, malah kepada peladang-peladang lain yang menyebabkan kekurangan baja di Jabatan Pertanian.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) akan menyemak semula bekalan baja dan cara mengatasinya, untuk membolehkan baja-baja ini dapat diedarkan kepada para peladang kecil-kecilan.

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin berkata demikian bagi mengulas isu yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong semasa permesyuaratan MMN di Dewan Majlis, hari ini.

Yang Berhormat Awang Mohammad Ali berkata, baja-baja yang diperlukan oleh pengusaha ladang yang dijual oleh Jabatan Pertanian sering tidak mencukupi.

Setiap kali para pengusaha cuba untuk mendapatkannya, stok tersebut telah pun habis dan untuk mendapatkannya, mereka perlu membeli di kedai pada harga yang mahal tanpa subsidi, tambahnya.

Yang Berhormat Dato berkata, seperti yang diterangkannya dalam mukadimah, sejak adanya Brunei Fertilizer Industries (BFI), yang menjual baja lebih kompetitif daripada jualan komersial dan import, beliau menyarankan peladang berhubung dengan Ghanim International Corporation Sdn Bhd selaku pengedar tunggal bagi baja-baja urea (dari BFI) di negara ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -