Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Peladang terkesan dengan penanaman avokado

Gambar oleh AFP

PIJAO, COLOMBIA – Semasa perlawanan Super Bowl di antara pasukan Philadelphia Eagles dan Kansas City Chiefs baru-baru ini, jutaan penonton menikmati snek lazat kerepek tortilla dan guacamole.

Tetapi tanpa mereka sedar, di Colombia, petani tempatan terpaksa menerima kesan untuk keseronokan gastronomi mereka, manakala pencinta alam sekitar memberi amaran tentang pencemaran air.

Peningkatan penanaman avokado di barat tengah Colombia telah menyebabkan perubahan corak penggunaan tanah, yang kemudian mengakibatkan ladang tanaman kopi milik Jose Hernandez banjir.

Tidak seperti di kejiranannya di perbandaran Pijao di Jabatan Quindio, Hernandez enggan beralih kepada penanaman ‘emas hijau’ yang menguntungkan.

Tetapi air dari sungai-sungai mengalir turun dari kawasan tinggi di pergunungan yang mengelilingi ladangnya dan menghakis parit sedalam dua meter.

Lelaki berusia 64 tahun itu kehilangan kira-kira 4,000 pokok kopi dan dia menyalahkan syarikat multinasional avokado yang menggunakan banyak air dan juga mengalihkan aliran semula jadi untuk menyiram tanaman mereka.

“Saya kehilangan usaha selama 20 tahun disebabkan oleh aliran air,” Hernandez memberitahu AFP.

Jorge Ivan Cortes, seorang pekerja ladang avokado, menunjukkan buah avokado di ladang tanaman di Armenia, Jabatan Quindio, Colombia.
Pada 2021, jumlah keseluruhan eksport avokado Colombia ialah 97,000 tan dengan 55,000 hektar tanaman ditanam.
Pekerja kilang di Colombia membungkus avokado ke dalam kotak untuk dieksport ke luar negara.

Lebih penting daripada minyak mentah

Kawasan luar bandar Colombia semakin cepat diambil alih oleh tanaman Hass avokado, di mana kebanyakannya dieksport ke Amerika Syarikat (AS), Belanda, Sepanyol dan Britain.
Ia adalah bahan utama dalam guacamole.

Dan permintaan melonjak dalam beberapa minggu sebelum Super Bowl iaitu acara besar tahunan bola sepak Amerika.

Menurut kementerian pertanian Colombia, negara itu akan menghantar lebih 1,400 tan avokado ke AS untuk di konsumsi terutama semasa perlawanan pada Ahad itu.

Pada 2021, jumlah keseluruhan eksport avokado ialah 97,000 tan dengan 55,000 hektar tanaman ditanam.

Colombia merupakan pengeluar avokado ketiga terbesar selepas Mexico (2.3 juta tan) dan Chile (186,000 tan).

Tetapi, ketika Presiden Gustavo Petro menghargai tanaman tersebut, dengan mengatakan, “avokado lebih penting berbanding minyak mentah,” pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa tanaman itu boleh mencemari sumber air dan menyebabkan peladang menceroboh ke kawasan yang dilindungi.

Mereka juga menambah bahawa syarikat multinasional telah membuli penduduk kampung dengan memaksa menjual tanah mereka pada harga yang murah.

Pada 2021, badan negara yang bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar di Quindio menuduh pengeluar avokado secara haram menyiram tanaman, mencemarkan sumber air dan penebangan secara haram.

Penghakisan tanah

Pijao dahulunya kawasan yang menanam kopi namun kini 789 hektar tanahnya ditanam dengan tanaman avokado, peningkatan sebanyak 245 peratus dalam masa tujuh tahun, menurut pejabat datuk bandar tempatan.

Sebelum ini, syarikat-syarikat luar ‘tidak menyedari’ tentang peraturan alam sekitar, akui Diego Aristizabal, presiden kesatuan pengeluar avokado, meskipun dia mendakwa mereka kini telah mematuhi peraturan.

Namun jurutera agro-industri, bercakap kepada AFP tanpa menyatakan nama kerana merasa bimbang, berkata jumlah peladang seperti Hernandez yang menerima kesan buruk semakin bertambah.

Pengeluar avokado ‘bukan setakat menghalang parit saluran di kawasan mereka, akan tetapi ia turut mengalirkan air ke kawasan jiran yang menyebabkan hakisan tanah,” dan merosokkan tanaman lain.

Aktivis alam sekitar, Monica Florez berkata syarikat multinasional yang kebanyakannya dari Chile, Mexico dan Peru, tiba di Pijao pada 2017, bertepatan ketika gerila FARC meletakkan senjata selepas perjanjian damai Disember 2016 bersama pihak kerajaan.

“Berlaku perubahan dalam penggunaan tanah, dari segi ekonomi dan kesan alam sekitar yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tersebut,” kata Florez, pengarah Pijao Citaslow NGO.

Di puncak tertinggi di dalam kawasan tersebut terdapat satu kawasan tanah gambut yang menjadi rumah kepada ekosistem yang rapuh, termasuk sumber air kawasan tersebut dan pokok lilin Quindio, satu spesies asli hutan Andes yang terancam pupus.

Pek bekas beg racun yang dibuang menjadi saksi kepada amalan merosakkan yang ‘mengganggu kitaran di dalam kawasan tanah gambut, tempat dari mana dua sungai mengalir, kata jurutera tersebut.

Menghantar bungkusan

Di Mexico, industri avokado terperangkap dalam situasi paling buruk di negara itu iaitu keganasan, pengedaran dadah dan pembasmian hutan.

Di Michoacan, wilayah penanaman avokado terbesar di Mexico, kumpulan penjenayah terancang telah merompak, menculik dan memeras para peladang.

Chile sedang menikmati kemuncak ekonomi buah avocado di kawasan kering yang memburukkan lagi kekurangan air yang serius di sana. Penyelidik dari King’s College London dan University of Wisconsin mengaitkan peluasan penanaman avokado di Colombia dengan pelarian petani berskala kecil dari ladang mereka.

Dan ini berlaku di negara di mana pengagihan tanah yang tidak sama di tengah-tengah konflik setengah abad lamanya.

Hernandez tidak lagi mendengar berita daripada jiran lamanya.

Syarikat multinasional avokado yang berkuasa mahu “menghantar mereka bungkusan,” katanya.

Florez berkata sangat sedikit ‘yang menentang tekanan industri’ sementara mereka yang kekal masih ‘dikurung’ oleh ladang-ladang besar di sekeliling.

Sementara itu, pengeluaran kopi sedang berubah dan pada 2022, pengeluar kopi ketiga terbesar dunia merekodkan penuaian terburuknya dalam tempoh satu dekad. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -