Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Pelajar, 2 penganggur ditahan sorok dadah

Oleh Arissa

 

LAWAS, 30 Julai – Seorang pelajar bersama dua lagi rakannya ditahan polis selepas menyorokkan dadah jenis syabu dalam sebuah kereta di tepi Jalan Kampung Baru Sundar malam semalam.

Pelajar lelaki berusia 15, ditahan bersama dua suspek berusia 21 dan 31 yang juga penganggur dari Kampung Long Suang Trusan dan Kampung Tang Pau Trusan pada jam 10:45 malam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki suspek, polis menjumpai satu beg kecil berwarna coklat terdapat satu peket plastik lut sinar dan 23 keratan tiub straw berwarna hijau mengandungi hablur kristal disyaki syabu.

“Ketiga-tiga suspek juga positif amfetamina dan metamfetamin hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas mereka,” katanya hari ini.

Jelas Abang Zainal, dadah berkenaan diletak di bawah ruang penyimpanan barang serba guna berdekatan dengan brek tangan kereta yang dinaiki mereka. Katanya mereka ditahan di Lokap Balai Polis Lawas untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan 15(1)(a)ADB 1952.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -