Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pelajar 5-11 tahun kembali ke sekolah 14 Mei kelak

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi pelajar-pelajar berumur lima hingga 11 tahun tanpa mengira status vaksinasi mereka yang mengikuti pembelajaran di peringkat rendah iaitu kerajaan dan swasta akan bermula pada 14 Mei nanti.

    Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman dalam kenyataan semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato berkata, “Seperti yang telah dimaklumkan dalam sidang media pada 28 Mac yang lalu, pihak Kementerian Pendidikan telah pun meneliti dan membincangkan mengenai beberapa perkara berikutan makluman vaksinasi bagi kanak-kanak lima hingga 11 tahun yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.”

    Sehubungan itu, sesi persekolahan secara bersemuka bagi pelajar-pelajar berumur lima hingga 11 tahun tanpa mengira status vaksinasi mereka yang mengikuti pembelajaran di peringkat rendah (kerajaan dan swasta) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah agama (Darjah Pra hingga Darjah 6) dan sekolah-sekolah Arab di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) serta pusat-pusat khas di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan bermula pada 14 Mei nanti.

    “Ini adalah bertepatan dengan permulaan penggal kedua persekolahan bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan KHEU,” jelasnya lagi.

    “Buat masa ini, pembelajaran dan pengajaran akan masih dilaksanakan secara Home Based Learning (HBL). HBL ini bagi membolehkan sekolah membuat persediaan untuk menerima pelajar-pelajar itu pada 14 Mei kelak.

    Beliau turut mengumumkan bahawa Cuti Penggal Pertama Persekolahan akan bermula 19 April sehingga 13 Mei. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan juga memberi kebenaran bagi sekolah-sekolah antarabangsa untuk memulakan sesi persekolahan mereka secara bersemuka pada 11 April bertepatan dengan bermulanya penggal ketiga persekolahan bagi sekolah-sekolah tersebut.

    Sekolah-sekolah kerajaan, swasta formal dan institusi pendidikan swasta (IPS) bukan formal yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, seperti kelas bimbingan atau tuisyen, kemahiran, muzik dan komputer, juga dibenarkan persekolahan bersemuka dengan memaklumkan kepada kementerian itu.

    Menurutnya, pengembalian sesi persekolahan secara bersemuka itu adalah dalam mengambil kira kesediaan sekolah-sekolah untuk beroperasi serta kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis pandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan melaksanakan ujian saringan ART seperti yang telah ditetapkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...