Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Pelajar AAC hadiri sesi suai kenal maya

-

Oleh Daniel Lim
Gambar serahan AAC

BELAIT, 6 JAN – Dalam usaha mengalu-alukan pelajar baharu ke sekolah sementara mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, Maktab Anthony Abell (AAC) telah memulakan tahun akademik baharu untuk pelajar Tahun 7 mereka dengan program suai kenal secara maya pada hari ini.

Program tersebut bermula dengan Pengetua Dayang Mas Diana binti Abdul Samat mengalu-alukan 99 orang pelajar Tahun 7 yang diiringi oleh ahli keluarga mereka.

Acara diteruskan dengan kata alu-aluan oleh Timbalan Pengetua Dayang Azah Nor Azah binti Haji Marmin dan Awang Elmisuhardi bin Haji Rohani dan sesi ceramah daripada persatuan ibu bapa (PIBG) yang disampaikan oleh Pengerusi Awang Suhaimi bin Haji Othman.

Sesi ceramah tersebut merangkumi pelbagai aktiviti dan program yang dirancang oleh PIBG sepanjang tahun ini. Acara berakhir dengan sesi soal jawab di mana ibu bapa membincang beberapa perkara diikuti dengan Doa Selamat.

Sekolah merancang meneruskan dengan sesi suai kenal kedua yang dijangka diadakan pada Sabtu ini, di mana ceramah mengenai topik berkaitan dengan disiplin sekolah, kebajikan dan kaunseling akan diadakan.

Dalam menyesuaikan diri kepada norma baharu, AAC juga berkata guru-guru berusaha mengemukakan kaedah kreatif untuk mempertingkat keberkesanan pembelajaran dalam talian pada masa pandemik ini.

Untuk memastikan keselamatan semua warga sekolah, pelajar yang sudah lengkap vaksinasi perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) pada hari pertama sesi persekolahan di dewan dan akan diberi taklimat mengenai prosedur operasi standard (SOP) sekolah pada bulan-bulan akan datang.

Awang Suhaimi menyampaikan ceramah pada sesi berkenaan.
Antara pelajar yang menghadiri sesi suai kenal maya yang dianjurkan oleh Maktab Anthony Abell.
Dayang Mas Diana mengalu-alukan pelajar baharu ke sekolah semasa sesi suai kenal berkenaan.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -