Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pelajar baharu disaran berusaha lebih gigih

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan SMB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Pelajar-pelajar Tahun 7 disarankan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah diri.

    Semua itu adalah bertepatan dengan visi Sekolah Menengah Berakas (SMB) iaitu Berusaha ke Arah Kecemerlangan, kata Pengetua SMB, Alexander bin Bandang dalam kata alu-aluannya semasa Program Orientasi Penuntut-penuntut Tahun 7 yang berlangsung di Dewan Anggerek, SMB, hari ini.

    Beliau berkata bahawa pelajar-pelajar sangat terkesan oleh penutupan sekolah disebabkan oleh pandemik COVID-19, yang menyebabkan kehilangan pembelajaran yang menjejaskan keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2022.

    “Adalah penting bagi setiap pihak yang berkepentingan termasuk guru-guru, para ibu bapa serta penjaga dan pelajar-pelajar sendiri bekerjasama dalam mengurangkan jurang pembelajaran disebabkan oleh kehilangan pembelajaran ini,” ujarnya.

    Beliau berkata, ibu bapa serta penjaga dapat membantu dalam mengurangkan jurang pembelajaran berkenaan dengan memastikan pelajar-pelajar hadir ke sekolah setiap hari serta membantu pelajar dalam kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru.

    Alexander menambah, “Dengan cara ini, pelajar-pelajar akan dapat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O-Level pada tahun 2027.”

    Beliau berkata bahawa pihak sekolah sangat menekankan kedatangan pelajar-pelajar dan jika kedatangan kurang, pelajar dinaikkan kelas adalah sangat tidak menguntungkan kerana ketinggalan banyak pelajaran serta ilmu belum cukup untuk persediaan peperiksaan.

    Pada majlis berkenaan, para ibu bapa dan pelajar turut diberikan taklimat dari Bahagian Pentadbiran Sekolah dan Bahagian Akademik Sekolah. Para ibu bapa juga diperkenalkan kepada guru-guru kelas anak-anak mereka.

    Para pelajar juga diberikan penerangan dan taklimat aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum yang merangkumi jadual harian mereka.

    Para ibu bapa, penjaga serta pelajar baharu menghadiri sesi taklimat semasa Program Orientasi Penuntut-penuntut Tahun 7.
    Ibu bapa dan pelajar semasa pendaftaran pelajar baharu Tahun 7 yang berlangsung di Dewan Anggerek, Sekolah Menengah Berakas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...