Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pelajar baharu IBTE hadiri sesi orientasi

    Oleh Salawati Haji Yahya & Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Nakhoda Ragam dan IBTE Kampus Agro-Teknologi telah mengalu-alukan para pelajar baharu dengan majlis orientasi yang berlangsung di kampus masing-masing.

    Seramai 270 orang pelajar baharu IBTE Kampus Nakhoda Ragam sesi Julai 2022 mendaftar masuk bagi memulakan pengajian mereka semasa majlis orientasi yang berlangsung di dewan serba guna kampus tersebut, hari ini.

    Pegawai Pemangku Pengurus Akademik, Dayang Shah-rimawaty binti Abdul Karim dalam ucapannya antara lain mengongsikan bahawa kampus berkenaan mengandungi program-program yang diurus oleh dua orang ketua sekolah iaitu untuk Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan dan Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan.

    Daripada jumlah pelajar yang diterima masuk untuk sesi Julai tahun ini, Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan menerima 224 pelajar baharu dengan 95 pelajar mengikuti program HNTec in Construction and Draughting (Dual TVET), 25 mengikuti HNTec in Geomatic, 10 dalam program HNTec in Real Estate Management and Agency dan 94 orang lagi mengikuti program NTec in Building Craft.

    Sesi orientasi diisi dengan pelbagai sesi taklimat dan aktiviti yang direka khas untuk membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kampus teknikal berkenaan.

    Sementara itu, Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat menerima 46 pelajar baharu dengan 29 pelajar mengikuti program HNTec Kejuruteraan Elektrik dan 17 lagi mengikuti program NTec dalam Electrical Technology.

    Sementara itu, Sekolah Agro-Teknologi dan Sains Gunaan, IBTE Kampus Agro-Teknologi mengalu-alukan seramai 196 orang pelajar baharu pengambilan 2022 dengan minggu orientasi yang bermula hari ini hingga 28 Julai.

    Acara tiga hari itu akan memberi tumpuan kepada membolehkan pelajar baharu membiasakan diri dengan sekolah baharu, tenaga pengajar dan pelbagai kemudahan kampus.

    Hadir pada hari pertama minggu orientasi berkenaan di Dewan Serbaguna, Kampus Agro-Teknologi, Kampung Wasan ialah Ketua Sekolah Agro-Teknologi IBTE, Dayang Zaitunah binti Haji Kurus.

    Acara telah diisikan dengan sesi dialog untuk ibu bapa dan penjaga bagi sebarang pertanyaan sama ada mengenai sekolah atau program HNTec dan Ntec yang ditawarkan.

    Antara pelajar baharu IBTE Kampus Agro-Teknologi yang menghadiri sesi orientasi kelmarin.
    Pelajar baharu berada di kelas semasa sesi orientasi IBTE Kampus Nakhoda Ragam kelmarin.
    Para pelajar baharu mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...