Pelajar Bakti Dewa kongsi video penting ‘teranah’ di rumah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Bersempena dengan Hari ICT yang dianjurkan oleh Sekolah Bakti Dewa pada bulan ini, para pelajar sekolah berkenaan ditugaskan untuk membuat video mengenai kepentingan berada di rumah. 

Para pelajar telah berjaya menghasilkan video pendek dan menarik yang mereka hasilkan di rumah masing-masing. Mesej utama yang dikongsi dalam video-video yang dihasilkan tersebut adalah meskipun harus berada di dalam rumah, mereka masih boleh melakukan perkara-perkara yang produktif.

Aktiviti seumpamanya adalah sangat bertepatan dengan situasi semasa di negara ini yang berdepan penularan COVID-19.

Salah seorang pelajar yang ditugaskan untuk membuat video mengenai kepentingan berada di rumah. – Gambar serahan Sekolah Bakti Dewa