Pelajar berkeperluan khas diberi keutamaan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai pelajar-pelajar berkeperluan khas di mana mereka akan diberikan keutamaan supaya proses vaksinasi bagi golongan tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman menyatakan perkara itu ketika menjawab persoalan bagi proses pemberian vaksin kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas semasa sidang media, hari ini.

Beliau menerangkan, pihak sekolah telah mengenal pasti pelajar-pelajar berkenaan di mana mereka akan diberikan keutamaan supaya masa menunggu dan proses vaksinasi mereka akan dapat dilaksanakan dengan lancar.